Breaking News

Saturday, November 24, 2012

'Masjid Gay' akan dibuka di Perancis


Setelah Musim haji berakhir, Ludovic Lutfi Mohammed Zahed pulang ke Perancis dengan idea ganjil. Dia bertekad untuk membina sebuah Masjid bagi kaum Gay.

Menurutnya, sebuah masjid bagi gay adalah satu kemestian untuk gay Muslim yang mahu menunaikan solat, untuk melindungi mereka daripada
di kasari phsically dan mentally. 
 
Zahed, pengasas persatuan Gay umat Islam di Perancis (HM2F), berkata beliau akan menggunakan sebuah gereja Buddha di mana solat Jumaat dan perkahwinan gay akan dilakukan.

"Mereka akan bermula dengan solat Jumaat, diikuti dengan perkahwinan selepas itu," Zahed menjelaskan rancangannya.

Zahed juga yakin bahawa masjid akan membantu untuk melawan homophobia dalam Islam dan Islamofobia dalam komuniti gay di Perancis.

Perancis tidak membenarkan perkahwinan sesama jantina. Walaupun Perancis merupakan rumah kepada sekurang-kurangnya empat juta umat Islam - komuniti Islam terbesar di Eropah, menurut Zahed ia tidak pernah terbuka untuk menerima amalan Islam.

Sebuah majalah Perancis pada bulan September tahun ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana mencetak karikatur ang menghina Nabi Muhammad SAW.

Terdahulu pada bulan Julai, dalam bulan suci Ramadan, umat Islam di Montauban, sebuah bandar di selatan barat Perancis, marah selepas dua kepala babi telah dibuang di sebuah masjid tempatan.

People look at traces of pig
Jemaah melihat kesan darah babi di atas tanah di hadapan masjid, di barat daya Perancis. Kepala 2 ekor babi 'telah ditemui digantung di pintu pintu masuk masjid oleh mereka yang tiba untuk solat pada waktu pagi sempena bulan Ramadan. (AFP Photo / Remy Gabalda).




No comments:

Post a Comment

Designed By