27 termasuk 20 murid mati ditembak di sekolah (Gambar & Video)

26 termasuk 20 murid mati ditembak di sekolah
Anggota pasukan keselamatan dan guru membawa keluar murid dari tempat kejadian. - Foto ihsan
 
 
NEWTOWN, Connecticut - Seramai 27 orang termasuk 20 kanak-kanak terbunuh dalam kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di sini, semalam - insiden paling buruk membabitkan kawasan sekolah dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).


Suspek, seorang lelaki yang dikenali sebagai Adam Lanza, 20, ditemui mati di kawasan Sandy Hook Elementary School, dipercayai membunuh diri selepas menembak mangsa.

Adam juga dipercayai menembak ibunya sebelum menyasarkan sekolah tersebut.


26 termasuk 20 murid mati ditembak di sekolah  
Lokasi kejadian 26 orang terbunuh di kawasan sekolah di Newtown, Connecticut. - Foto ihsan National Post
 
Dia dilaporkan menembak mangsa menggunakan dua pistol 9mm. Kanak-kanak yang mati berusia antara lima dan 10 tahun. Laporan CNN menyebut seorang cedera dalam kejadian itu. Antara maut termasuklah pengetua sekolah dan pakar psikologi.

 

Menurut polis, seorang dewasa turut ditemui mati di sebuah lokasi berbeza di Newtown.

sandy hook elementary vigil shooting

Polis juga berkata, mangsa di lokasi kedua dikenali sebagai Nancy Lanza, ibu kepada suspek yang melepaskan tembakan di kawasan sekolah.

Dia ditemui mati di rumah anak lelakinya. Nancy juga merupakan guru di Sandy Hook.




Orang Malaysia Tak Ada Idea dan Malas Berfikir?
Kenapa 70% Daripada Rakyat Malaysia Guna Prepaid Berbanding Postpaid?
Orang Islam Jauh Ketinggalan & Tak Tau Apa-Apa?
Harga Minyak Akan Naik Mendadak Tahun 2013?
Bestnya Tempat ni..Rugi Siapa Tak Pergi!!!
Kenapa 80% Rakyat Malaysia Suka Bergossip?


Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat