(7 gambar & Video) Taufan Bopha Mengganas di Filipina

Lebih 400 rakyat Filipina maut taufan Bopha  
Pemandangan udara menunjukkan kemusnahan dialami penduduk di Compostela Valley, selatan Filipina. - Foto EPA
 

NEW BATAAN, Filipina -  Di tengah-tengah serpihan runtuhan rumah, keluarga Jane Bucani, 17 cuba mencari buku tahunan sekolah atau apa saja kenangan yang mampu diselamatkan.

Typhoon Bopha, Philippines

Ibunya, Rosal pula cuba mengutip serpihan barangan dapur yang masih lagi digunakan untuk memasak kepada lima orang anaknya.

Mereka ini antara penduduk di selatan Filipina yang bernasib baik masih selamat akibat taufan yang melanda.


Philippines typhoon

Taufan Bopha, taufan paling buruk melanda negara itu tahun ini, telah meragut 418 nyawa sementara ramai lagi masih hilang.

Beribu-ribu rumah musnah akibat taufan itu, beratus yang maut malah beratus-ratus lagi masih hilang dan mungkin dihanyutkan semasa banjir kilat berlaku ketika taufan melanda.



Di sesetengah kawasan, berpuluh-puluh mayat diletakkan di sepanjang jalan, ditutup dengan kain dan hanya daun kelapa sawit dan diiringi dengan raungan saudara-mara terdekat.

"Kami sedang menimbangkan untuk mengebumikan mayat-mayat yang tidak dituntut atas faktor kesihatan," kata Majer Jeneral Ariel Bernardo dipetik Reuters.


Taufan yang melanda seakan-akan tidak ada belas kasihan dan meranapkan kehidupan sebahagian penduduk di lembah dan tempat-tempat lain di timur Mindanao. Preseiden Filipina, Benigno Aquino semalam berkata, “saya berharap mangsa taufan ini akan ditemui dalam keadaan selamat."

Presiden turut melahirkan rasa sedih kerana keluarga yang terlibat terpaksa menghabiskan cuti mereka di pusat-pusat pemindahan kerana rumah yang didiami telah musnah. 


“Saya berharap tidak akan kehilangan apa-apa. Saya juga berharap seluruh ahli keluarga saya dapat berkumpul dan merayakan Krismas bersama-sama,” kata Rosal Bucani, 48.

Rosal yang tinggal di bandar Montevista berkata, dia tidak pernah melalui kejadian seumpama itu sepanjang hidupnya.



Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat