Breaking News

Monday, December 24, 2012

Banjir Semakin Merebak


Keadaan banjir di Pantai Timur semakin teruk apabila jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah manakala penduduk di Kelantan dan Pahang mula berpindah semalam.

Sehingga pukul 9 malam tadi, dilaporkan sebanyak 2,921 orang dipindahkan di ketiga-tiga negeri tersebut.

Di Terengganu, hujan yang berterusan menyebabkan banyak 1,301 orang daripada 361 keluarga di tujuh daerah dipindahkan ke 18 pusat pemindahan sehingga pukul 11 malam tadi.
 
banjir  
Penduduk Taman Indera Mahkota Lapan, Kuantan menyelamatkan kucing jiran mereka selepas taman mereka dilanda banjir hari ini. - Foto Bernama
 
Banjir  
Kelihatan air melimpahi jalan dan menenggelamkan beberapa buah kereta selepas banjir di bandar Kuantan hari ini. - Foto Bernama
 
 banjir kelantan
 Dua remaja perempuan mengharungi banjir di Kampung Wakaf Bunut, Jalan Jerteh, Pasir Puteh, hari ini.


Banjir  
Wan Zulazrey Muhamad terpaksa meredah air banjir apabila kampungnya dinaiki air di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh hari ini. - Foto Bernama


MUSNAH… Pekerja sebuah kedai peralatan sukan Noraini Mohd Hassan, 21, mengemas kasut yang ditenggelami air selepas banjir di bandar Kuantan, Isnin. 

MANGSA banjir dibawa menaiki bot untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara di Kampung Buluh, Setiu semalam.


Hujan lebat pagi tadi menyebabkan ibu negeri Pahang, Kuantan ditenggelami air sedalam 1.5 meter, yang merupakan kejadian terburuk sejak 2001.

 Banjir berlaku selepas hujan lebat dari malam Ahad dan mereka yang tinggal di kawasan banjir dinasihatkan supaya berjaga-jaga kerana hujan lebat dijangka akan berterusan sehingga 9 Januari depan.



No comments:

Post a Comment

Designed By