Breaking News

Saturday, December 1, 2012

Budaya hedonisme di kalangan remaja Melayu membimbangkan

"Hedonisme" adalah berkait rapat dengan budaya
yang menjadikan kesenangan dan kenikmatan sebagai tujuan hidup terutamanya di kalangan generasi muda hari ini.

 

Budaya hedonisme ini mula menjalar ke dalam masyarakat Melayu terutamanya golongan remaja melalui hiburan, sukan dan cara hidup, secara tidak langsung ia menghakis sifat malu dalam diri mereka.

Di antara faktor penyumbang kepada amalan ini adalah:

1. Pegangan agama golongan muda Melayu yang tidak 'teguh, menyebabkan mereka tidak dapat 'makanan jiwa' dan inilah menyebabkan mereka mudah berpaut pada nilai hedonisme ini.

2. Kesan globalissasi dunia tanpa sempadan juga menjadi punca kepada 'cedukan' budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan resam negara ini.
  
3. Selain daripada itu gaya pembacaan golongan muda yang ketika ini cenderung kepada pemilihan bahan bacaan berbentuk santai berbanding penulisan ilmiah bermutu tinggi seperti sejarah dan biografi juga menyumbang ke arah in
i.   

Justeru elemen 'kesederhanaan' perlu ada dalam diri setiap anak muda Melayu bagi menghalang hedonisme sebelum menjadi 'wabak'.
 



No comments:

Post a Comment

Designed By