China wajib anak lawat ibu bapa


China meluluskan satu undang-undang mewajibkan anak yang sudah dewasa melawat ibu bapa mereka sekerap yang mungkin dan jika gagal berbuat demikian akan berhadapan dengan risiko tindakan perundangan.

Undang-undang baru itu tidak menyatakan kekerapan lawatan yang perlu dibuat tetapi amaran mengabaikan ibu bapa boleh mendatangkan risiko tindakan mahkamah.


Laporan yang diterima semakin meningkat saban tahun ramai ibu bapa yang diabaikan dan ditinggalkan anak mereka.



 

 Awal bulan ini, media melaporkan seorang wanita tua berumur 90-an dipaksa anaknya tinggal di kandang khinzir selama dua tahun.

Media turut melaporkan yang ramai anak cuba merampas aset ibu bapa mereka atau orang-orang tua yang mati tanpa pengetahuan sesiapa kerana ditinggalkan sendirian di rumah.


 

Perkara ini terjadi kerana anak-anak akan meninggalkan ibu bapa mereka sendirian kerana bekerja di bandar.


China mempunyai hampir 167,000 juta penduduk yang berusia lebih 60 tahun dan satu juta penduduk berusia lebih 80 tahun.


Kerajaan juga ada menyediakan beberapa alternatif seperti rumah penjagaan untuk orang-orang tua supaya mereka mampu hidup secara sendiri tanpa anak-anak.




Comments

  1. sangat bagus...Malaysia bila pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillahkan..walaupun ianya tak sepatutnya jadi undang-undang coz ianya satu kemestian..tapi kalu perlu sgt-sgt dialu-alukan ..malaysia pun boleh buat ni..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat