Guru "dirompak" melalui telefon

Ita Rahmat
Ita Rahmat


Pelik, tetapi benar. Hanya dengan satu panggilan telefon tanpa terputus talian selama lebih empat jam, wang tunai berjumlah RM16,457 milik seorang guru wanita lesap sekelip mata. Semuanya gara-gara terpedaya dengan helah tiga lelaki mendakwa mereka kakitangan Pos Malaysia, pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai Bank Negara.

Menceritakan detik hitam itu, mangsa dikenali sebagai Ita Rahmat (bukan nama sebenar), 36, berkata, kejadian bermula jam 11.15 pagi kelmarin apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengatakan dirinya dari Pos Malaysia.

“Dia beritahu saya ada surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tetapi surat itu sudah dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dia beri saya satu nombor siri dan mengatakan akan sambungkan talian saya kepada pihak polis,” kata Ita sambil memberitahu dia menerima panggilan seterusnya setengah jam kemudian selepas sambungan terputus.


Menurutnya, panggilan yang diterima pada jam 11.45 pagi itu datang daripada seorang lelaki yang kemudiannya meminta dia menyebut nombor siri tersebut. “Selepas menyatakan nombor siri itu, saya terkejut apabila dia memberitahu saya perlu ke mahkamah berhubung satu kes tangkapan seorang lelaki tidak dikenali. Tambahnya, sebanyak RM80,000 telah dikeluarkan atas nama saya di bawah sebuah bank tempatan, tetapi saya beritahu dia saya tidak ada buka akaun di bank tersebut,” katanya.


Panik akaun bank akan dibekukan Bagaimanapun, Ita berkata, pegawai polis itu memberitahu dia perlu 'memindahkan' semua wang yang dia ada di bank kepada akaun bukan miliknya kerana akaun di atas namanya akan dibekukan.


Ita yang mula panik mendengar perkhabaran tersebut, kemudian disambungkan kepada seorang lelaki lain pula yang mendakwa dirinya Pegawai Kewangan Bank Negara. “Pegawai kewangan itu menyuruh saya mengisytiharkan akaun dan jumlah simpanan yang ada. Selepas itu, saya diarahkan agar tidak mematikan talian telefon dan diminta ke sebuah bank di Masjid Tanah dengan memindahkan sebanyak RM9,057 ke dalam satu akaun lain yang diberi,” katanya.


Menurut Ita, selesai urusan di bank, lelaki itu mintanya ke Pejabat Pos pula dan mengarahkan dia mengeluarkan sejumlah RM7,500 simpanan lain dan meminta ia dimasukkan ke dalam satu lagi akaun. “Bagaimanapun hanya RM5,000 dapat dimasukkan ke dalam akaun tersebut yang didaftarkan atas penama lain. Baki RM2,500 kemudian saya diminta masukkan ke dalam akaun lain lagi. Tetapi disebabkan masalah teknikal, hanya RM2,400 dapat dimasukkan,” kata Ita yang telah memindahkan sejumlah RM16,457 ke dalam tiga akaun berbeza.


Talian tidak dimatikan lebih empat jam Ita berkata, ketika kesemua transaksi itu dilakukan, talian telefon langsung tidak dimatikan. “Saya berhubung dengan mereka tanpa memutuskan talian sejak jam 11.45 pagi sehinggalah transaksi terakhir kira-kira jam 4 petang. “Selepas memasukkan kesemua duit, saya terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum lelaki berkenaan memaklumkan pihak Bukit Aman akan menghubungi saya,” katanya.



Source

Comments

  1. Replies
    1. Tulah Kakcik..nak percaya pun susah..tapi dah jadi kan..mungkin panik yang menyebabkan jadi macam tu kot..

      Delete
  2. Sebab tu jangan mudah percaya dengan panggilan2 macam tu. Wanita tu pun, kenapalah dia tak call direct bertanya dengan pihak Polis Bukit Aman. Setahu saya..pihak bank kalau nak bekukan akaun pun. Depa akan hantar notis terlebih dahulu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu M&R, sebenarnya jangan sekali-kali percaya dengan panggilan atau pun email atau sms yang melibatkan duit..tapi mungkin dalam kes ni dah nak jadi kan..and yang pasti sindiket macam ni, pasti bukan yang pertama and yang terakhir jugak..so be careful untuk semua...

      Delete
  3. Macam2 cara diguna utk menipu. Semoga kita semua dilindungi Allah drp perbuatan jahat manusia penipu ini...amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammen..Doa yang terbaik untuk kita semua kan Teratai...ramai orang jahat kat luar sana tu and macam-macam cara dalam kepala dia orang macammana nak kenakan orang lain..

      Delete
  4. bahaya seyh,, bila dalam keadaan macam ni janganla ada sifat gelabah,, bertenang dan pastikan ianya bettul ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak di jauhkan Tuhan Kan situasi-situasi macam ni..semoga jadi pengajaran untuk semua..yang ptg jangan mudah percaya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat