Breaking News

Thursday, December 20, 2012

Hujan lebat monsun di 4 negeri mulai Sabtu ini


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan 'Nasihat Hujan Lebat - Peringkat Kuning' berhubung episod pertama hujan lebat monsun yang dijangka berlaku di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Sabtu ini hingga Rabu depan.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, ini berikutan musim tengkujuh atau monsun Timur Laut yang dialami Malaysia sejak Oktober dan dijangka berterusan hingga awal Mac 2013.

Di Sabah, hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau mulai Sabtu hingga Ahad ini.


Keadaan serupa dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) mulai Ahad ini hingga Selasa depan.

Ia turut dijangka berlaku mulai Isnin hingga Rabu depan di daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang. 
Source

2 comments:

  1. Replies
    1. Yup kena be careful ..kelana from treggnanu kan...so termasuk dalam yellow area tu...

      Delete

Designed By