Kalendar 'hina' hukum ALLAH (Hudud)

Pemuda Pas kecam kalendar 'hina' hudud
Muka depan kalendar yang menyentuh skop kesan hukum hudud 

ke atas bukan Islam jika dilaksanakan.


Dewan Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud dengan membawa mesej mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalendar 2013.

Sayap muda Pas itu mendakwa penerbitan kalendar dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan Inggeris itu secara jelas membawa mesej mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.


“Dewan Pemuda Pas  Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras," kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan.


Katanya, tindakan itu juga satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negara ini.


“Dewan Pemuda Pas Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini,” ujarnya.

Comments

  1. kat kalendar pn nak hina hukum Allah? ish diorg ni mmglah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang kesian kat dia orang ni Cik Tom coz tak faham apa itu hudud dan kaitannya dengan orang bukan islam..rasanya pihak yang berwajib perlu kesungguhan yang tinggi untuk memastikan semua orang faham hukum ALLAH ini dan perlsaksanaannya..so tak ada orang yang akan mengambil kesempatan !!!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat