Breaking News

Monday, December 3, 2012

Betulkah Lelaki di Malaysia suka berhutang tapi malas bayar?


Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.


SIKAP boros berbelanja menyebabkan ramai lelaki diisytihar bankrap. - Gambar hiasan


Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang. 

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Source

No comments:

Post a Comment

Designed By