Mahalnya Wang Hantaran!!!

Muka depan Sinar Harian edisi Selangor/Wilayah Persekutuan hari ini.
Muka depan Sinar Harian edisi Selangor/Wilayah Persekutuan hari ini.
 
RAMAI pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata.

Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.

“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.

“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti  berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.
 
Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.

Wang hantaran. Sekadar gambar hiasan


“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.

"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.

Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.

“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta. Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.

“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.

“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling,  puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.

“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai,” akhiri  beliau.

Comments

  1. Replies
    1. Hmmmm...susah nak komen kan Cik Tim..harap-harap tak ada yang berkesudahan macam ni..

      Delete
  2. Yup betullah tu. Itu adalah salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan yang ingin berkahwin pada masa kini. dimana mereka terlalu membazirkan banyak duit semata2 nak mengadakan majlis yang hanya berlangsung untuk 2-3 hari sahaja. mereka tidak memikirkan bahawa selepas majlis habis mereka akan memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan sebagai sebuah keluarga baru.

    diperingkat awal sebelum memperoleh cahaya mata memang tidak terasa sangat. tetapi ianya akan terasa bila perbelanjaan sudah bertambah bila sudah memperoleh cahaya mata. bahkan biasanya waktu ni pasangan kurangnya bertoleransi terutama dalam mencari jalan penyelesaian. kerna saya pernah jumpa masalah sepasang suami isteri dimana slah seorang hanya mengharapkan seorang sahaja yang menyelesaikan masalah. terutamanya bab hutang. bila buat hutang bukan main. time membayar tak nak bekerjasama untuk melangsaikan hutang yang dibuat tadi. akhirnya bergaduh dan bercerai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye M&R..Thanks for the panjang lebar punya komen..it shows how concern you are on the issue..sebenarnya kadang-kadang sukar untuk bagi pandangan..tapi ada betulnya semua yang terlibat mesti akur dengan kemampuan diri...kalau mampu ok..tapi kalau tak mampu, just be ourself..In Shaa ALLAH mungkin masalah kat atas tak timbul...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat