Skip to main content

Marah bantu panjang umur ?



Kajian menyatakan, kemarahan yang tidak diluahkan boleh menjejaskan kesihatan fizikal.


Kajian dapati kemarahan tak diluah mudah dapat penyakit

 Melepaskan kemarahan yang meluap dan menunjukkan emosi negatif tanpa berselindung adalah baik untuk kesihatan dan dapat membantu memanjangkan umur seseorang. 


Ketua penyelidik, Marcus Mund dan dibantu Kristin Mitte dari Universiti Jena di Jerman menyatakan, kemarahan yang tidak diluahkan boleh mewujudkan perasaan dendam dan sakit hati yang tidak dapat disembuhkan.
Kami dapati orang Itali dan Sepanyol boleh hidup dua tahun lebih lama berbanding orang Inggeris," Marcus Mund, Ketua penyelidik
“Kami membuat penelitian dan cuba membandingkan sikap orang Itali dan Sepanyol yang pemarah dengan orang Inggeris yang suka memendam marah mereka.

Kesan fizikal dan mental

“Kami dapati orang Itali dan Sepanyol boleh hidup dua tahun lebih lama berbanding orang Inggeris. Tambahan lagi watak orang Inggeris yang suka memendam kemarahan boleh memberi akibat serius kepada kesihatan fizikal dan mental mereka,” kata Mund yang dipetik akhbar Daily Mail.

Mund berkata, di dalam kajian yang dijalankan ke atas lebih 6,000 pesakit, mereka mendapati responden yang menyembunyikan rasa cemas dilaporkan mengalami peningkatan denyut nadi dan dalam jangka panjang ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan sakit jantung. 

“Mereka yang memendam kemarahan juga berisiko tinggi mengalami pelbagai gangguan kesihatan akibat sikap masing-masing,” katanya.

Mampu pulih kesihatan

Mund berkata, orang yang suka memendam kemarahan cenderung menghindari risiko dan selalu bertindak sendiri untuk mengatasi tekanan yang dialami.

Bagaimanapun kajian turut mendapati bahawa orang yang suka memendam perasaan dan berisiko tinggi diserang penyakit, berkeupayaan memulihkan kesihatan mereka dengan lebih cepat.

“Oleh kerana mereka biasa memendam perasaan, kelompok ini juga mempunyai motivasi lebih tinggi untuk mengubah gaya hidup mereka menjadi lebih baik,” katanya. - Agensi 


Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat