Breaking News

Saturday, December 8, 2012

Rumah berputar D'Angelo yang unik


D'Angelo House, terletak di kaki kawasan pergunungan San Jacinto di Snow Creek Village, kira-kira 36 kilometer dari Palm Springs, California. 

Kediaman berputar yang terletak di padang pasir California ini menyediakan pemandangan landskap dramatik kepada penghuninya itu bakal dilelong pada harga AS$279,000 (RM840,000).

 

Menggunakan motor elektrik dan roda yang tersembunyi di bawahnya, struktur itu hanya mengambil masa 15 saat untuk berputar 130 darjah.

Kediaman yang hanya seluas 80 meter persegi itu mempunyai satu bilik tidur, satu bilik mandi, satu bilik menelaah kecil, sebuah dapur terbuka dan tempat pendiang api di tengah-tengahnya.

 

Ia dibina pada 1963 oleh seorang ahli perniagaan Los Angeles, Floyd D'Angelo dari Aluminum Skylight and Specialty Corporation.

Ia mampu berputar hingga 130 darjah, membolehkan penghuni di dalamnya menghindari cahaya terik matahari namun pada masa sama, menikmati pemandangan hebat di lokasi itu.


Kediaman itu mempunyai 16 roda yang memutarkannya menggunakan landasan berbentuk bulatan. Namun sistem itu terlindung daripada dilihat dari luar oleh blok bersimen yang terdapat di bawah rumah itu.



Source

4 comments:

  1. Wah...Bestnya kalau ada rumah macam nie ^_^

    ReplyDelete
  2. rumah yg unik..kl mampu blh beli..hehee

    ReplyDelete

Designed By