Breaking News

Monday, December 31, 2012

Tanda Kasih: 2 organ suami selamat isteri


Tidak mungkin ada hadiah yang begitu berharga daripada yang diberikan David Whaymand kepada isterinya pada Krismas lalu.

Apabila Carolyn yang menghidap fibrosis sista (cystic fibrosis) diberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi dan satu-satunya harapan untuk pulih ialah dengan menjalani pemindahan, suaminya tanpa teragak-agak menawarkan satu daripada buah pinggangnya. Ia satu tindakan penuh kasih sayang dan membuatkan David gembira untuk melakukannya selepas 15 tahun berkahwin dengan buah hatinya sejak kanak-kanak lagi.

Namun, apa yang menjadikan pengorbanannya lebih menakjubkan ialah, dalam keadaan terdesak yang sama 13 tahun lalu, dia memberikan sebahagian daripada peparunya kepada Carolyn. Dua sumbangan itu dipercayai adalah yang pertama di dunia. Doktor dan pakar pemindahan berkata, setakat ini tidak ada kes seorang penderma yang masih hidup menyumbangkan dua organnya. Ini kerana bahaya yang dihadapi dalam pembedahan seumpama itu.

Hakikat bahawa penerima dalam kedua-dua kes itu ialah isteri David sendiri menjadikan kisah ini lebih menarik memandangkan adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang suami berupaya mendermakan kepada isterinya kerana untuk mencari organ yang sesuai bagi tujuan pemindahan amatlah sukar.

 In sickness and in health: David and Carolyn were childhood sweethearts before marrying in 1997

Pembedahan terbaru itu berjaya dilakukan di Hospital Hamersmith di London Barat pada 12 Disember lalu dan pasangan itu sempat merayakan Krismas bersama di kediaman mereka yang berharga RM2.5 juta di Ingatestone, Essex.

David, 39, akauntan di bank JP Morgan berkata: “Perkahwinan adalah dalam sakit dan sihat. Apabila saya mengahwini Carolyn. saya tahu ia bukan perkara mudah kerana dia mungkin mati tanpa menjalani pemindahan peparu. Saya tidak teragak-agak untuk menjadi penderma.

“Saya sudah bersedia untuk melakukan pengorbanan yang boleh menyebabkan kedua-dua kami mati. “Saya tidak sanggup untuk melihat Carolyn mati kerana tidak dapat penderma peparu. “Dan apabila dia memerlukan buah pinggang, sudah tentu saya bersedia untuk berkorban sekali lagi. “Ia lebih mudah daripada pembedahan pertama,” katanya.

Bagi Carolyn, peguam yang berusia 42 tahun, ia amat sukar untuk menjelaskan pengorbangan David kepadanya. “Dia lebih bimbangkan penderitaan saya daripada penderitaannya sendiri,” katanya. - DM
 

4 comments:

  1. Bertuahnye dia dpt suami camni..segalanya dikongsi bersama...so sweet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Ena..she is very lucky..One in a million?

      Delete
  2. Replies
    1. He is a good guy..payah nak jumpa macam ni..yang suka dera-dera ramai...kan Belogisam..

      Delete

Designed By