Tebing jalan runtuh, 8 kereta tertimbus

 

KEMAMAN - Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di sini runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.


"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Che Suza berkata jalan itu tertimbus sepanjang kira-kira 50 meter dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Comments

  1. salam raudzah,

    masa hujan skrg ni memang kena hati2...terutama bila lalu kwsn bertebing...tanah mudah runtuh..

    berita terbaru...x ada sesiapa yg tertimbus kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam ayie..betul tu, even kat highway pun boleh jadi kes-kes macam ni..kena be careful all the time..and Alhamdulillah semuanya selamat..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat