Breaking News

Thursday, January 31, 2013

15,000 Kakitangan Awam Suka Ambil MC ?

 

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan kira-kira 14,700 penjawat awam muda yang berusia 30 tahun ke bawah kerap mengambil cuti sakit walaupun mereka sebenarnya sihat.

 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius gejala tersebut walaupun jumlah itu membabitkan sekitar tiga peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam iaitu seramai 1.4 juta orang.

 

Malaysia kini mempunyai kakitangan awam seramai 1.4 juta orang dan daripada jumlah itu, 490,000 orang atau 35 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 30 tahun ke bawah.




“Mereka sepatutnya ambil sijil cuti sakit jika betul-betul tidak mampu bekerja atau jika bekerja penyakitnya itu akan berjangkit kepada rakan sekerja.

“Kalau sekadar selesema, cukuplah dengan pelepasan masa bekerja satu atau dua jam, tidak perlu beri cuti sakit walaupun diminta,” katanya kepada pemberita di sini semalam.






6 comments:

  1. Inilah berita membuka pekung tahap kecekapan pekerja awam yang tak cekap..hehehehhe
    Jangan marah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada betulnya kan Hanif..ada yang tak serius bekerja...susah jugak!!!

      Delete
  2. mak aii ramainye.. hehe tp nak wat cane eh kalo da sakit betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Mar..macam-macam sakit ada..jangan main-main dah kalau sakit betul tak pa..hmm

      Delete
  3. of cz...iman xnafikan cz iman keje kat klinik private.major org kerajaan n minor org swasta.dyorg nh dh la dpt keje dh senang2 suke2 mnx mc, ktorg yg xdpt kerjaan pulun bagai nk mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Iman..kita pun ada kawan kerja klinik cerita benda yang sama..dia orang sanggup beli MC lagi..hmm

      Delete

Designed By