Breaking News

Monday, January 14, 2013

Api misteri bakar rumah



Dua jiran mencari barangan berharga daripada sisa kebakaran rumah Alias (kanan) di Kampung Beris Kijal Nenas dekat Kemaman semalam.



Sebuah rumah milik seorang peniaga makanan di Kampung Beris Nenas, Kijal dekat sini hangus terbakar tengah hari semalam dipercayai berpunca daripada kemunculan api misteri sejak Khamis lalu.


Pemiliknya, Alias Ahmad, 43, mendakwa, tragedi malang itu berlaku pada pukul 11.30 pagi apabila api misteri itu membakar hangus rumahnya dalam masa 15 minit.


Lebih mencetuskan misteri ialah api tersebut muncul secara tiba-tiba dari arah bilik air rumah peniaga makanan berkenaan.


"Api misteri itu merebak dan membakar keseluruhan rumah dengan begitu cepat sekali sehingga menyebabkan saya sekeluarga panik," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

2 comments:

Designed By