Hukum Membunuh Cicak
RAMAI yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam memberi
kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah
meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana
kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh
hingga ke hari ini?
Jawapan
Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu prinsip.
Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu,
sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak.
Namun begitu, setiap kali berbincang tentang perintah ataupun
larangan Nabi SAW, kita mesti pastikan terlebih dahulu status kesahihan
hadis yang mengandungi perintah atau larangan tersebut.
Ini kerana, menisbahkan suatu ucapan palsu kepada Nabi SAW sebuah dosa besar menurut para ulama.
Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal
daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi
Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya
sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).
Sunat
Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat
membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor
dan boleh membawa penyakit. Atau dalam hadis Saad bin Abi Waqqas di
atas, ia termasuk fuwaisiq.
Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori pest
(perosak) seperti; nyamuk, kutu, tikus, pijat, lipas dan lain-lain.
Semua haiwan ini digalakkan untuk dibasmi demi menjaga kesihatan
manusia.
Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."
Jadi, sama sekali tidak benar sangkaan bahawa kerana kesalahan cicak seekor, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini.
Meniup api Ibrahim
Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih.
Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh
cicak. Baginda bersabda: "Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim
(untuk menyalakannya)."
Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi 'illat
(penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa
kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan
(cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.
Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor
haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam
memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau
perkara lainnya.
Adapun hadis al-Nasa'i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti
Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis
lemah.
Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi
Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya
kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab
itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.
5zol masa kecik2 dlu slalu gak tgkp cicak.. tpi skrg jrg sgt...rumh pun dah x byk cicak..
ReplyDeleteHa..tangkap cicak..kita sebenarnya geli sgt dengan cicak ni..tapi betul jugakkan sekarang dah jarang jumpa cicak ..
Deletepencerahan yng bagus ni tq
ReplyDeleteThanks KA..sudi baca k
Deleteperkongsian yang baik. terima kasih
ReplyDeleteYou are most welcome ajik...
Deletesaya palimg geli dengan cicak..tak suka dengan cicak..
ReplyDeleteSamalah kita mama Ray...geli sgt..
DeleteWasalam Ayie..
ReplyDeleteAlhamdulillah tambah Ilmu...