Breaking News

Thursday, January 24, 2013

Jakarta tenggelam 27 Januari?


JAKARTA 24 Jan. - Ramalan bahawa ibu kota Jakarta akan tenggelam akibat banjir pada 27 Januari ini dibantah oleh pihak berkuasa.

Sebaliknya, Pegawai Khas Presiden (Bidang Bantuan Sosial dan Bencana) Andi Arief berkata, ibu negara Indonesia hanya akan bergenang dengan air akibat hujan yang diramalkan turun dengan lebat.

"Perlu dibezakan maksud tergenang dan terbenam. Daerah yang akan tergenang bukan tenggelam ialah daerah di bahagian utara Jakarta yang mengalami penurunan tanah atau land subsidence dengan limpahan air sehingga dua meter di atas permukaan laut," kata Andi Arief dalam kenyataan media yang disiarkan dalam laman web Kompas.com hari ini.

Sebelum ini, seorang pakar meteorologi dari Universitas Indonesia, Firdaus Ali meramalkan Jakarta akan tenggelam pada 27 Januari ini kerana air yang melimpah di daratan tidak dapat mengalir ke laut kerana tarikh berkenaan bertepatan dengan gerhana bulan.


2 comments:

  1. hanya boleh tunggu dan melihat sendiri

    ReplyDelete
  2. errkk..betul ke ni..
    sapa yang buat ramalan ni..

    ReplyDelete

Designed By