Kemeja Emas Pikat Wanita?

Kemeja emas pikat wanita?
Datta berharap kemeja yang dibuat daripada emas 24 karat itu dapat membantunya memikat wanita.


PUNE - Seorang lelaki kaya di India sanggup membelanjakan sebanyak £14,000 (RM68,526) bagi menempah sehelai kemeja emas tulen dengan harapan ia akan menarik perhatian golongan wanita.

Wealthy Datta Phuge  

 Peminjam wang berasal dari Pimpri-Chinchwad, Datta Phuge, 32, berkata, seramai 15 tukang emas digunakan bagi menyiapkan sehelai kemeja yang mengambil masa lebih 16 jam sehari serta selama dua minggu untuk disiapkan.

Work of art: Money-lender Datta, 32, from Pimpri-Chinchwad, says the shirt took a team of 15 goldsmiths two weeks to make working 16 hours a day creating and we 

 "Saya bukan seorang lelaki paling kacak di dunia dan disebabkan itulah saya menghasilkan kemeja ini kerana yakin mana-mana wanita pasti akan terpesona dengan keindahan baju diperbuat daripada emas ini," kata Datta.


Datta memberitahu, selain bakal menarik perhatian wanita di luar sana, baju emas itu turut melambangkan dirinya sebagai 'lelaki emas Pimpri'.


Lapor akhbar Pune Mirror, kemeja emas tulen yang dicampur fabrik baldu putih import itu, turut dihiasi dengan enam butir kristal Swarovski pada bahagian butang serta tali pinggang emas. - MailOnline

Comments

  1. hehee..kl ciktom la lg takut nak dekat kot..tkt kena rompak nanti terbabit dgn ciktom sekali kena kidnap..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar lah pulak ci tom ni...tapi betul jugak tu...menyusahkan aje kan...tak maulah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat