Breaking News

Sunday, January 20, 2013

Kepala budak 5 tahun pecah dihempap tayar treler


kemalangan
Keadaan treler yang terbalik selepas terbabas dan meragut nyawa kanak-kanak berusia lima tahun. Gambar kecil: Mayat Mohd Afiq Amrin.

Seorang budak lelaki berusia lima tahun maut dalam keadaan tragis dengan kepalanya pecah akibat dihempap tayar treler dipandu bapanya selepas kenderaan itu terbalik semasa melalui selekoh di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 8.20 pagi, Mohd. Afiq Amrin, 5, dikatakan tercampak keluar ketika treler yang dipandu Mohd. Yazid Banain, 44, hilang kawalan sebaik sahaja melalui selekoh di situ.

Ibu mangsa, Suriyati Abd Rahman, 30-an, dan kakaknya, Nur Damia Batrisya, 6, namun bernasib baik kerana cedera ringan manakala Mohd. Yazid pula patah kaki.

Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Razali Ismail berkata, semasa tiba di tempat kejadian bersama sebuah jentera dan tujuh anggota, tiga mangsa masih berada dalam treler kecuali Mohd. Afiq Amrin.


1 comment:

Designed By