Breaking News

Tuesday, January 29, 2013

Kereta Sport Arab Pertama ( 4 gambar)



KERETA Bugatti Veyron turut dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di Doha.



Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin. 

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).



Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.

Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.
Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.

Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.

 Diamonds: The car, designed by Lebanese firm W Motors, features diamond-encrusted lights and a gold stitched leather interior

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.

Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.

Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini. - Agensi 


6 comments:

  1. Em...kereta tu satu hal.... pompuan tu tak terlampau seksi...bagus jugak!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu OKje..kereta dahlah cantik..that lady pun sopan..macamnilah ada Klasss

      Delete

Designed By