Malaysia destinasi paling popular

on Wednesday, January 16, 2013



LOKASI Jalan Bukit Bintang di bandar raya Kuala Lumpur merupakan satu daripada tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia. - GAMBAR HIASAN 


Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam, mengatasi Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura, menurut satu tinjauan.

Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.

Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.

Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan.

Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.

Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang.

"Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia," katanya.

Ranking: 5

4 comments:

  1. Bangga jugak jadi rakyat Malaysia ni...he..he
    Tapii nama je duk KL, OKje jarang gi bukit Bintang tu....nak cari apa eh kat sana?

    ReplyDelete
  2. tumpuan ramai pelancong..
    bangga tinggal malaysia..bangga jadi anak malaysia..

    ReplyDelete

Langgan artikel Percuma via feed Follow @https://twitter.com/bspj88 di twitter Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Blog Santai All Rights Reserved