Breaking News

Tuesday, January 29, 2013

Monyet ke angkasa lepas



IMej yang disiarkan saluran televisyen Al-Alam semalam menunjukkan roket yang membawa kapsul mengandungi monyet ke angkasa lepas dari sebuah lokasi rahsia di Iran.



Iran semalam menghantar sebuah kapsul yang mengandungi monyet hidup ke angkasa lepas, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam semalam.

Sebelum ini, beberapa percubaan republik Islam tersebut untuk menghantar monyet ke angkasa lepas menemui kegagalan.

"Iran berjaya melancarkan sebuah kapsul dengan kod nama Pishgam yang mengandungi seekor monyet," kata satu kenyataan daripada sebuah jabatan angkasa aeroangkasa di Kementerian Pertahanan.

Monyet itu dilaporkan kembali ke Bumi dengan selamat.

Laporan tersebut tidak menyatakan lokasi kapsul berkenaan dilancarkan. Agensi berita Fars melaporkan bahawa monyet itu dihantar dengan kapsul yang dibawa roket Kavoshgar.

Roket berkenaan bergerak pada ketinggian lebih 120 kilometer. Pada tahun 2011, Iran mengumumkan ia akan menghantar monyet ke angkasa lepas.

Negara-negara Barat bimbang teknologi balistik yang dimiliki Iran akan menyebabkan ia mampu melancarkan kepala peledak nuklear. Bagaimanapun, Iran menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia digunakan untuk tujuan keamanan.

5 comments:

  1. Bila Islam buat teknolgi..mulalah kata pengganas..
    Tapi aku jeles gak..monyet dapat terbang tinggi ...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu Hanif..rasa-rasanya dia prang ni mesti jealous dengan Iran kan..selalu aje nak labelkan iran dengan kejahatan dunia..hmmm nasib orang Islam kan!! part monyet tu memang agak-agak jealous..he..he

      Delete
  2. Siannya monyet jadi mangsa ujian haha...

    ReplyDelete

Designed By