Breaking News

Wednesday, January 30, 2013

Ngeri: Makan anak kerana lapar !!!!



Penduduk Korea Utara yang kelaparan didakwa bertindak membunuh anak mereka untuk dijadikan makanan bagi mengelak kelaparan, lapor The Sunday Times.

Seorang ayah dikatakan telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan, ketika kebimbangan lebih banyak lagi kes seperti itu berlaku di negara komunis ini.

Menurut The Sunday Times, mereka memperolehi maklumat itu daripada wartawan yang menyaksikan beberapa kejadian mengerikan itu di negara ini.

Kes lain yang dilaporkan termasuklah seorang penduduk yang menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.

Beribu-ribu rakyat Korea Utara dikhuatiri mengalami kebuluran, meskipun perkara itu dinafikan oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un.

Lebih 10,000 penduduk negara ini didakwa terbunuh di wilayah selatan Pyongyang akibat kebuluran.

Menurut seorang pemberi maklumat di Hwanghae, seorang lelaki di kampungnya dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas isterinya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mayat kanak-kanak itu ditemui.

Laporan itu dikumpulkan oleh Asia Press menggunakan 'wartawan penduduk tempatan'.

Ramai penduduk Korea Utara mengalami kebuluran akibat kejatuhan pengeluaran makanan di negara ini, terutama akibat dilanda musim kemarau. - AGENSI



10 comments:

  1. Astagfirrullahhalazim. Ngeri memang ngeri. Syukur keadaan itu tak berlaku di negara kita.

    ReplyDelete
  2. Ngerinya tgok gambar tu. Ini betul2 ke cobaan. Kalau manusia sudah dalam keadaan darurat dan terdesak...Ianya tidak mustahil, demi meneruskan hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes Betul ni BM...tak boleh bayangkan...hmm

      Delete
  3. Ini memang kes teruk ni.... malu jugak menjadi pemimpin Korea Utara dengan mentaliti rakyatnya yg macam tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya nak LIKE banyak kali statement OKje..Pemimpin dia harus lakukan sesuatu..kalau tak nanti ramai yang makan sesama sendiri..atau makan diri sendiri!!

      Delete
  4. erasa nak termutah pun ada..
    apakah manusia jenis ini..negerinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..kesian mama..jangan muntah dulu k..

      Delete

Designed By