Breaking News

Wednesday, January 30, 2013

Pelik: Ketagih Bulu Kucing Sejak Kecil


Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.

Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari. Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.

 Woman eating cat hair

“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.” 

 Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.

 Cat hair eating woman

Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.

Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.

Foto 
LISA makan bulu kucing sejak 15 tahun lalu.

“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya. - Daily Mail


8 comments:

  1. Ya Allah..sampai tahap ketagih bulu kucing..apa la hai perangai rupa tu..bruk beno..geli dgr..
    kalau tak cukup bulu kucing lagi, mai umh i ye..16ekor sedia ada kat umh ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..banyaknya kucing..habislah kjalau dapat kat si Lisa ni...

      Delete
  2. Macam-macam berlaku sekarang. Tak sangguip nak fikirkan.

    ReplyDelete
  3. gelinya.... nak termuntah ...hish apalah diaorang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So kotor kan OKje...camne lah dia sanggup buat macam tu..

      Delete
  4. macam-macam betul..sampai ketagih pula..
    pelik betul ketagihan dia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah MAma..ketagih yang bukan-bukan..nasib baik bulu kucing..kalau dengan kucing-kucing sekali tentu naya!!

      Delete

Designed By