Pelik: Terseliuh 10 kali sehari

 

London: Menghidap sindrom Ehlers-Danlos, seorang wanita mengalami kesakitan dari semasa ke semasa pada bahunya hanya kerana pergerakan tubuh yang mudah.

Menurut Lauren Harry, pada hari tertentu sendinya boleh terseliuh sehingga 10 kali.

Antara lain, kata Lauren, 20, ia berlaku akibat bersin atau terhenjut di dalam kenderaan akibat brek mengejut.

 The slightest jolt can knock Lauren's joints out of their sockets

Minggu lalu saja, katanya, dia pergi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sebanyak empat kali. Doktor percaya, Lauren menghidap sindrom Ehlers-Danlos yang menyebabkan kolagen wanita itu terlalu lemah memastikan anggota badannya berada di tempat yang betul. Lauren - dari Wrexham, Wales - berkata, dia sakit pada kakinya ketika berusia 11 tahun tetapi menyangka ia masalah biasa akibat proses tumbesaran.

“Ketika berusia 15 tahun, saya terjatuh menyebabkan bahu cedera. “Sejak itu, bahu dan sendi saya yang lain, termasuk lutut dan jari, sering terseliuh,” katanya. Keadaan itu menyebabkan dia gagal menamatkan pendidikan peringkat AS.

Lauren Harry x-ray of shoulder dislocation

Kata Lauren, setakat ini dia menjalani lima pembedahan berasingan di Hospital Wrightington Lancashire, untuk memberi kestabilan pada bahunya.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu masih berterusan. “Bahu saya terseliuh 10 kali sehari kerana saya terbatuk, bersin atau tersepak sesuatu,” katanya.

Lauren yang kini bertugas sebagai kakitangan restoran makanan segera di Chester berkata, baru-baru ini semua jari tangannya terseliuh kerana membuka pintu tempatnya bekerja. Di rumah, kata Lauren, dia juga tidak boleh bergurau dengan adik-beradiknya tanpa mengalami kesakitan akibat terseliuh. - Daily Mail


Comments

  1. huhuk . sakitnya ! kesiaan.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. keciann. muda2 sdh begini. nak bergerak aktif pun susah. mdhn dia terus tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fae..boleh imagine how difficult her is..

      Delete
  3. Ksiannya dia...mesti pergerakn dia kena sntiasa dijaga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat