Breaking News

Wednesday, January 9, 2013

Mengucap demi wang ?

Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.

Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.


Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.

Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.


5 comments:

  1. macam macam lah demi nak kaut untung..orang kena masuk islam dengan ikhlas...

    ReplyDelete
  2. Macam ni pun ade... Eloknya lepas mengucap di bawa ke pusat didikan untuk muaalaf...Beri pendidikan dan panduan lebih mendalam mengenai Islam. Barulah perkara seperti ini tidak berlaku.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Faris...nak buat camne..manusia ni macam-macam ragam!!!

    Betul tu BM..rasanya kita masih kurang perihatin kepada mualf ni..that's why they lost!!!

    Betul tu KS.. agaknya apa lah yang dia orang fikirkan masa buat perkara-perkara macam ni...

    ReplyDelete

Designed By