Breaking News

Thursday, January 3, 2013

Tentera Israel buru pejuang Islam

Tentera Israel buru pejuang Islam  
Pemuda Palestin terpaksa membaling batu ke arah tentera rejim untuk mempertahankan diri.
 

Tindakan penyamaran dan penangkapan tentera Israel terhadap sekumpulan pemborong sayur di utara Tebing Barat, kelmarin mencetuskan pertempuran dan menyebabkan 10 penduduk tempatan cedera.

Menurut aktivis, tentera rejim menyerbu masuk ke kawasan Palestin kemudian menahan beberapa aktivis dan pejuang tempatan secara mengejut.


"Penduduk yang terkejut dengan tindakan tentera Zionis terus membaling batu sebagai mempertahankan diri dan meluahkan rasa tidak puas hati," katanya.


Susulan itu, tentera rejim bertindak melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan hidup dengan alasan diserang penduduk Palestin.


Penduduk kampung, Fari Bisharat berkata, seramai 10 lelaki tempatan cedera selepas terkena tembakan peluru hidup.


"Mereka sebenarnya mahu menahan dan menghapuskan semua pejuang jihad Islam yang dianggap menjadi penghalang kepada kebangkitan kerajaan Israel," katanya.  - AP

No comments:

Post a Comment

Designed By