Tuna dilelong RM5.5 juta
KIYOSHI Kimura bergaya dengan ikan 
tuna yang dibeli pada harga RM5.5 juta di hadapan restoran sushi 
miliknya di Tokyo, Jepun semalam. 
TOKYO - Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia 
dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan 
pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam. 
Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun 
lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu 
ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering 
mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran 
pelancong asing. 
Ikan itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat 
yang mengendalikan rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga 
memenangi bidaan ikan tuna sirip biru pada tahun lalu. 
"Saya mahu memenuhi ekspektasi pelanggan yang ingin menikmati tuna 
terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan tuna ini, saya harap dapat 
menceriakan rakyat Jepun," kata Kimura yang dipetik daripada akhbar Jiji
 Press. 
Berdasarkan kepada harga itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga 
sekitar 700,000 yen (AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang 
menggunakan ikan itu boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 
atau RM1,036). 
Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga 
begitu mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 
398 yen (AS$4.50 atau RM13.75).

besarnya...ada jugak yg sudi beli wpun harganya yg tersangat mahal..
ReplyDeleteThat's why ena..dia orang ni tak tahu nak buat apa dengan duit dia orang kot...
Deleteperghhhhhhh juta juta lemon tuuuuu hehehe
ReplyDeleteHye Adza..welcome here ok..and tu dia juta..juta lemon kan...
Delete