Senarai 24 lebuh raya beri Rebat, Diskaun tol Sempena Tahun Baru Cina

Lebih 4.38 juta pengguna lebuh raya, terutama Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati diskaun dan rebat antara lima hingga 37.5 peratus sempena Tahun Baru Cina ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata rebat dan diskaun itu diberikan syarikat konsesi di 24 lebuh raya seluruh negara pada hari tertentu antara 7 hingga 15 Februari ini.


 “Pemberian diskaun dan rebat ini ialah kesinambungan program tanggungjawab sosial syarikat terbabit kepada pengguna seperti dilakukan pada Aidilfitri, Deepavali dan Krismas,” katanya.


Layari portal LLM

Untuk maklumat lanjut mengenai jumlah rebat dan diskaun serta lebuh raya terbabit, boleh layari portal Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)
Di SINI


Comments

  1. sayangnyer cuti CNY ni KA x kemana2 huhuhu

    ReplyDelete
  2. banyak juga rebat yang dibagi tu..boleh la balik kampung..

    ReplyDelete
  3. Wah...bagus! Untunglah siapa yang guna highway nanti. Cuma takutnya highway bertambah jem jer...huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat