AirAsia tawar 10,000 tempat duduk percuma



  AirAsia



KUALA LUMPUR -  Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menawarkan 10,000 tempat duduk percuma untuk tempahan ke destinasi di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1 hingga 30 April.

Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepda semua rakyat Malaysia dengan MyKad selama 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan.

"Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang murah berkenaan," katanya.

Tawaran berkenaan merupakan sebahagian program 'Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia' yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama


Comments

  1. Salam.
    Menarik!...Tapi bulan 4 program dah penuh. Tunggu next offer le...

    ReplyDelete
  2. line dh busy sgt skang ni hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat