Anugerah Untuk Pengguna Jalan Raya Berhemah

on Monday, February 11, 2013





KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menganugerahkan 50 anugerah kepada pemandu paling berhemah sepanjang Ops Selamat yang mula dilancarkan dari 3 hingga 17 Feb ini. 

Anugerah itu akan membabitkan 30 penunggang motorsikal manakala 10 masing-masing bagi pemandu bas dan pemandu kereta yang akan dipilih secara rawak di mana ia akan diumumkan pada 20 Feb ini. 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid anugerah ini akan diberikan kepada pemandu serta penunggang paling berhemah serta anugerah kepada kontinjen yang berjaya mencatatkan kadar kemalangan dan pecah rumah yang paling rendah. 

"Anugerah yang memasuki kali ketiga ini dibuat sebagai suntikan dan dorongan kepada pemandu untuk berdisiplin serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Salleh berkata pemilihan akan buat melalui rekod bersih pemandu, mematuhi peraturan yang ditetapkan serta cara mereka menunggang dan memandu.

"Bagi penunggang motorsikal kita memperincikan topi keledar yang dipakai selamat ke tidak, ada lesen memandu ke tidak dan manakala bagi pemandu bas, kita akan bertanya kepada penunggang sama ada cara pemanduan mereka bahaya ke tidak dan sebaginya," katanya. 

Menurutnya anugerah yang mula diperkenalkan pada Ops Sikap 25 (kini dikenali sebagai Ops Selamat) berjaya menunjukkan kesan yang positif dan akan meneruskan anugerah seperti ini bagi mendidik pengguna jalan raya. 

Beliau berharap anugerah ini dapat dijadikan contoh dan dorongan kepada pemandu yang lain untuk menggunakan jalan raya secara berhemah. 

Ranking: 5

1 comments:

  1. bagusnya ada anugerah macam ni..kurang juga berlaku kemalangan

    ReplyDelete

Langgan artikel Percuma via feed Follow @raudzah1 di twitter Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Blog Santai All Rights Reserved