Skip to main content

Atlanta kota 'cinta online'


Orang bujang mencari cinta melalui internet dinasihatkan mengunjungi Atlanta.

Kota itu menduduki tempat pertama senarai bandar Amerika Syarikat yang paling mudah menjalin hubungan secara online manakala Laredo di Texas, paling corot. 

Majalah kesihatan Men’s Health mengeluarkan senarai itu selepas meninjau bilangan ahli enam web mencari teman paling popular di setiap bandar dan peratusan penduduk yang menggunakan khidmat online.

Cari teman

“Jika ramai yang mencari cinta seperti juga bilangan pencari, itu memudahkan peluang untuk seseorang itu mendapat teman,” kata Pengarang Eksekutif majalah itu, Matt Marion.

Denver di tempat kedua diikuti San Diego, Orlando, Florida dan San Francisco.

Satu teori mengapa ramai menggunakan web mencari teman di Atlanta ialah kawasan berpenduduk jauh antara satu sama lain. 

“Keadaan itu menyukarkan bertemu bagi mencari teman. Mencari teman secara online banyak membantu,” katanya. - REUTERS 



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat