Bahana ubat kurus


Ayu ialah seorang gadis berusia 25 tahun. Dia mempunyai berat badan 55 kilogram (kg) dan tinggi 150sentimeter (cm).  Dengan body mass index (BMI) sebanyak 24.4 Ayu merasakan dirinya amat gemuk. Apatah lagi Ayu bakal melangsungkan perkahwinannya enam bulan lagi.

Ayu membeli ubat kurus tradisional di sebuah kompleks beli-belah. Ternyata ia memberi kesan mengurangkan selera makan.  Ayu sentiasa rasa kenyang walaupun tanpa menyentuh makanan. Ayu hanya bergantung kepada minuman kosong sahaja seharian. Selepas dua bulan Ayu mengalami penurunan berat badan ketara. Ayu gembira tetapi berbeza pula dengan ibunya. 

Ibu mengatakan tidak nampak Ayu tidur dalam tempoh itu. Ayu sibuk mengemas rumah, membasuh pakaian dan mengemop lantai sepanjang malam. Siang hari pula Ayu tidak kelihatan letih. Malahan bertenaga ke sana sini. Percakapannya juga laju dan cepat. 

Ayu merancang membuka pelbagai perniagaan baru. Dia merasakan dirinya begitu istimewa dan mampu melihat masa depan.  Ayu melenting apabila ditegur. Malah mengatakan tunangnya cemburu dan cuba menghantar ilmu hitam untuk menjatuhkannya. Beberapa hari kemudian perlakuan Ayu semakin di luar kawalan. Ayu mengamuk lalu dia dibawa ke hospital. 

Doktor memberhentikan ubat kurus yang ternyata mengandungi sintetik sibutramine dalam dos berlebihan. Ayu kemudian dirawat dan keadaannya pulih selepas dua minggu. Malangnya tunang Ayu telah pun mengambil keputusan memutuskan perhubungan mereka.

Sintetik sibutramine

Kajian menunjukkan ubatan tradisional yang digunakan untuk rawatan kegemukan sebenarnya mengandungi sintetik sibutramine.  Sibutramine berfungsi sebagai penahan lapar dan struktur molekulnya hampir sama dengan amphetamine, bahan sama untuk dadah jenis syabu atau ais. Ubatan herba yang mengandungi bahan ephedra juga sama strukturnya dengan amphetamine. 

Sebab itu penagih dadah jenis ini biasanya tidak tidur malam, tidak lapar dan sentiasa aktif sehinggakan boleh menyebabkan perlakuan agresif. Dalam keadaan gian, penagih akan merasa lapar dan banyak makan. Kerana itu pengguna ubat kurus jenis ini biasanya mendapat rebound atau mengalami kenaikan berat badan mendadak sehingga dua kali ganda apabila berhenti.

Tidak dapat dinafikan ada negara yang belum mengharamkan penggunaan sibutramine tetapi preskripsinya dibuat di bawah pengawasan rapi doktor. Dosnya juga dikawal sekitar 10 ke 15 mg bagi tujuan penurunan berat badan pesakit obesiti melampau sahaja. 

Pesakit yang mempunyai penyakit mental atau sejarah penyakit keturunan jenis bipolar tidak dibenarkan menggunakan ubat ini.

Kerajaan membuat keputusan terbaik dengan mengharamkan penggunaan sibutramine.

Comments

  1. ini memang bahaya... sila jauhi ubat2 macam ni... exercise je kat padang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puteraduyong...kena exercise selalu...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat