iWatch : Terbaru Dari Apple

Syarikat telekomunikasi gergasi Apple
NEW YORK – Selepas berjaya menakluki desktop, perpustakaan muzik dan
telefon pintar, Apple mahu menghiasi satu lagi tempat yang dijangka
dapat menarik perhatian pengguna yang obses terhadap gajet iaitu di
pergelangan tangan pengguna.

Menurut laporan dalam The New York Times, ketika ini, syarikat itu membangunkan satu aplikasi pintar pada jam tangan yang akan menggunakan perisian operasi IOS yang sama seperti iPhone, iPad dan iPod.

Jam tangan tersebut mempunyai skrin kaca melengkung di mana pengguna
sudah biasa dengan eksplorasi yang diperkenalkan syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Apple tidak memberi maklum balas segera berdasarkan berhubung laporan itu.

Tahun lepas, Corning, yang membuat Gorilla Glass digunakan untuk iPad
dan iPhone, berbentuk nipis dilancarkan, di mana versinya lebih sensitif
terhadap sentuhan dan membuatkan ia lebih mudah untuk menghasilkan jam
tangan yang berlekuk.
Mengiayakan andaian bahawa ia turut memasukkan aplikasi sembang seperti Facetime, peminat Dick Tracy sebenarnya boleh meninggalkan impian lama untuk hidup untuk mempunyai video yang mempunyai Two-Way Radio di pergelangan tangan.

Laporan CNN menyebut bahaw jika pelan perancangannya tepat, Apple boleh
mengambil petunjuk daripada kepentingan pasaran yang telah ditunjukkan
dalam beberapa produk.
Pebble, jam tangan yang menggunakan teknologi Bluetooth, yang digunakan
untuk menghubungkan telefon pintar pengguna, memecah rekod jualan
sehingga AS$10.2 juta (RM31.6 juta) tahun lepas.

TikTok dan LunaTik, dua gaya alat pergelangan tangan yang bertukar
kepada iPod Nano kepada jam tangan pintar, meraih AS$942,000 (RM2.9
juta).
Wah...bestnya kalau dapat jam tu bah ^_^
ReplyDeletemenarik yer !
ReplyDeleteAssalamualaikum. subhanallah, dasyatnya teknologi zaman sekarang. canggih2 nak kejar semua tak larat ohhh
ReplyDeleteMacam2 ...gadget
ReplyDeleteBest kan Wilma..canggih!!
ReplyDeleteYup menarikkan KA...cantik lagi!!
Walaikumsalam Shiela...memang canggih...online kat tangan aje...
Hu..hu..Hanif!!! macam-macam ada