kanak-kanak paling cerdik di dunia


 Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun diiktiraf dalam masyarakat yang memiliki IQ tinggi Mensa. - AGENSI 


Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun, diiktiraf sebagai antara manusia paling cerdik di dunia.

Sarabi dari Barnsley, South Yorkshire, memperoleh gelaran itu selepas ujian kecerdikan otaknya (IQ) adalah sebanyak 136, menjadikannya seorang daripada satu peratus penduduk dunia paling cerdik.

 Sherwyn Sarabi began reading aged two and he has now joined Mensa

Kanak-kanak tersebut mula belajar membaca pada usia enam bulan dan mula bertutur pada usia 10 bulan dan pandai menyusun perkataan pada usia 20 bulan.

Apabila berumur dua tahun, Sarabi boleh membaca, mengira dari 1 hingga 200, mengenal dan boleh menamakan nama negara, bendera, planet di sistem suria selain bahagian anggota badan dan organ dalaman.

 Early learner: The three-year-old attends the Rastrick Independent School, in Brighouse, West Yorkshire

Ibu kanak-kanak itu, Amanda Sarabi, 36, berkata, anaknya itu mampu menamakan setiap negara di dunia bersama bendera negara tersebut.

''Dia juga boleh menerangkan fungsi anggota dalam badan.

''Pengetahuan umumnya juga mengagumkan. Dia tahu mengenai segalanya. Apabila bercakap dengan dia tidak seperti bercakap dengan kanak-kanak berumur tiga tahun,'' katanya yang merupakan seorang bekas guru. - Agensi


Comments

  1. Memang dasat! 6 bulan dah mula belajar membaca, mcmne tu! Mcm xpercaya jer..tapi tidak mustahil. Sesungguhnya semua itu atas izin dan kurnian Allah kepadanya. Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. Sayang kalau tak di asah tu....

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaa, kalau ada anak pandai2 mcm neh kan?? huhuhu. tapi, kalau boleh, kalau diri sendiri jadi mcm neh lagi best huhuhu

    ReplyDelete
  4. kalau kat Malaysia ni..silap hari bulan, jadi mangsa buli la jawabnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat