Kate : Puteri 'buatan mesin'


Katherine Middleton 


LONDON 19 Feb. - Penulis novel terkenal, Hilary Mantel, menggambarkan Duchess of Cambridge, Katherine Middleton atau Kate sebagai puteri 'buatan mesin' dan 'direka oleh pihak tertentu.'

Penulis buku paling laris Bring up the Bodies yang pernah memenangi Hadiah Booker itu juga menggelarkan isteri Putera William itu, sebagai 'patung yang dipamer di kedai' tanpa mempunyai personaliti tersendiri dan memiliki senyuman plastik.

Mantel membandingkan Kate dengan Permaisuri England pada abad ke-16, Anne Boleyn, yang merupakan isteri Raja Henry VIII dan mendiang ibu mertua Kate, Puteri Diana, yang didakwanya lebih memiliki personaliti tersendiri.

"Kate bertukar menjadi 'patung yang dipakaikan pakaian buruk' kepada wanita yang hanya 'digunakan' untuk melahirkan pewaris kerajaan England," kata penulis berusia 60 tahun itu.

Katanya, Kate sangat berbeza dengan Diana yang memiliki emosi yang jelas kelihatan dalam setiap tindakannya.

"Dia kelihatan seperti wanita muda yang dibesarkan dengan sempurna, perkataan 'tolong' dan 'terima kasih' tak pernah lekang daripada bibirnya.'" kata Mantel.

Mantel mengulas tentang penampilan Kate berhubung potret rasmi pertama sejak berkahwin dengan William, yang dihasilkan oleh pelukis Paul Emsley, yang didedahkan pada bulan lalu.

"Matanya kaku dan senyumannya seakan-akan memberitahu pelukis supaya dia tidak mahu diganggu," katanya.

Bagaimanapun, Ketua Pengarang majalah Majesty, Ingrid Seward, menganggap ulasan Mantel sebagai tidak adil kerana Kate masih terlalu muda dan pasti akan memiliki personaliti yang tersendiri suatu hari nanti. - AGENSI



Comments

  1. apalah... kena bagi masa lah kat dier... Apapun KA support KAte hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Kesian si kate ni, jadi bahan kajian dan pemerhatian aje. Nasiblah...dah jadi orang kenamaan dan terkenal.

    ReplyDelete
  3. xkena saman ke c mantel coz comment too much about Princess Kate hoho.

    ReplyDelete
  4. menaariik artikelnya :D salam kenal yaaaa

    ReplyDelete
  5. Kesian Kate kan KA...kita tau KA ni peminat setia kate..he..he

    Wasalam and betul BM..Bukan senang kalau dah popularkan..

    Yup Fae..they all so open criticized the princess...

    Thanks birthday party..

    ReplyDelete
  6. kesian pula Kate ni..dibanding2kan pula

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat