Mayat bangun semasa majlis pengebumian

 Sebilangan besar jiran tetangga yang hadir di upacara pengebumian seorang warga emas, Peng Xiuhua semalam terkejut apabila wanita tua itu bangun lalu duduk berbual dengan mereka.


Peng, 101, mengejutkan anggota keluarga dan sahabat handainya apabila dia bangun di kediamannya di Lianjiang di sini. Dia bertanya mengapa terdapat ramai orang di rumahnya sebelum diberitahu bahawa dua anak perempuannya menemukan tubuhnya sudah tidak bernyawa sehari sebelum itu. Dua anak perempuannya yang berusia 70-an itu kemudian memandikan ibu mereka dan meminta pekerja rumah mayat membuat persediaan untuk upacara pengebumian. 

Bagaimanapun, upacara pengebumian Peng kemudian dibatalkan kerana wanita tua terbabit kini sudah bangun dan berbual seperti sediakala. “Bukan saja saya dapat menyaksikan bahawa ramai orang yang mengambil berat terhadap diri saya, tetapi saya juga sempat bangun sebelum mereka membawa saya untuk upacara pembakaran mayat,” katanya. - metrouk.com 

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat