Meteor Timpa Rusia 400 cedera


Meteor timpa Rusia 400 cedera 
  Meteor timpa Rusia 400 cedera

 

MOSCOW - Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi ini (waktu tempatan) menyebabkan bola api dan mencederakan lebih 400 orang di selatan negara itu.

Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang telah dimasukkan ke hospital.


Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.


Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.


 meteor

Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) dari bandar Satka, di Chelyabinsk.


Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural.

 
Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island. (
Meteor yang Melanggar Syiria Pada Jun 1908)


Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat