Breaking News

Tuesday, February 19, 2013

Mumia berusia 4,000 tahun


MUMIA lelaki berusia 4,000 tahun dialihkan dekat mesin imbasan tomografi berkomputer di Pusat Pengimejan HCA Virginia, Richmond pada Jumaat lalu.




Para kakitangan Muzium Seni Halus Virginia di sini menganalisis mumia lelaki yang berusia 4,000 tahun .

Pihak muzium itu bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan untuk membuat analisis itu dengan menggunakan mesin imbasan tomografi berkomputer.

Imbasan itu dibuat di Pusat Pengimejan HCA Virginia di sini.

Penggunaan mesin berkenaan akan membolehkan imej tiga dimensi mumia tersebut diperoleh dan membentuk semula wajah lelaki itu.

Pakar-pakar berharap mereka akan dapat mengetahui umur mumia yang bernama Tjeby dengan tepat, diet dan punca kematiannya menerusi data-data pengimejan mesin itu.

Mereka juga mahu mengetahui bahan yang digunakan untuk mengawet mayat lelaki tersebut dan organ-organ badan yang telah dikeluarkan.

Mumia itu ditemui di sebuah kawasan kubur di Sheikh Farag, Mesir dan digali pada tahun 1923.

Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati si mati mungkin berusia antara 23 hingga 40 tahun. 


No comments:

Post a Comment

Designed By