Breaking News

Monday, February 18, 2013

Perdana Menteri Letak Jawatan ?

Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
 
KUALA LUMPUR -  Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata, penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.'



"Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Ibrahim berkata, satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis. - Bernama





5 comments:

  1. cantik blog dan artikelnya sob,
    bisa kenal sama pejabat-pejabat dimalaisia ni...
    http://mitradecapri.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hishh..mcm2 la...
    semua tak duduk senang selagi tak selesai pru nih!

    ReplyDelete
  3. mcm2lah skang ni lagi2 nak dkt2 pru ni

    ReplyDelete
  4. Tak mungkinlah Raudzah.... selagi belum PRu13

    ReplyDelete

Designed By