Separuh penduduk dunia gemuk


Pengambilan makanan yang tidak sihat antara punca obesiti. 


Obesiti atau berat badan berlebihan bukan lagi masalah individu. Sebaliknya telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia mengalaminya dalam tempoh dua dekad akan datang.

Krisis obesiti sendiri telah membunuh 2.8 juta orang dewasa setiap tahun.

Dekan School of Public Health di Universiti Columbia Amerika Syarikat, Linda Fried, berkata, perangkaan terbaru menunjukkan 1.4 bilion individu dewasa di seluruh dunia mengalami berat badan berlebihan.

"Jumlah itu dijangka meningkat dari setahun ke setahun dan dalam tempoh 20 tahun lagi jika terus meningkat seperti corak sekarang, kemungkinan besar 50-60 peratus penduduk dewasa dunia adalah individu yang berat badannya berlebihan.

"Jika ini (obesiti) adalah penyakit berjangkit kita sudah boleh isytiharkan ia sebagai wabak. Ini bukan lagi masalah serantau, sebaliknya global kerana meningkat dengan begitu cepat dan berterusan. Semua itu adalah definisi asas bagi istilah wabak," katanya. 

"Dalam tempoh 30 tahun, peratus penduduk dunia yang berlebihan berat badan atau obes telah meningkat dua kali ganda. Beliau berkata, jumlah waktu untuk senaman harian terutama pergerakan yang tidak secara langsung (seperti berjalan kaki) telah berkurang dengan begitu ketara. Pada masa sama, makanan yang diambil juga semakin kurang sihat dengan produk yang kandungan lemak dan garamnya tinggi, serta makanan tiruan, semakin mudah dihasilkan dan dipasarkan.

Katanya, sesetengah negara, seperti AS, turut menggalakkan senario ini dengan memberi subsidi kepada industri pengeluaran makanan seperti pengeluaran sirap jagung. Sirap jagung digunakan secara meluas dalam penyediaan makanan sebagai pemanis dan pemekat makanan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat