Breaking News

Thursday, February 21, 2013

Shirakawa-go : Perkampu­ngan Tradisional Luar Biasa


 pix_topright

Terkenal antara perkampu­ngan tradisional luar biasa yang paling dekat dengan alam dan menjadi kebanggaan masyarakatnya.

Gambaran hebat itu membuatkan Shirakawa-go yang terletak jauh daripada kesibukan kota dan di kaki gunung Haku-san, Jepun itu sering menerima pelancong saban waktu.

Asalnya perkampu­ngan itu sukar dikunjungi kerana jaraknya terlalu jauh dan dikelilingi kawasan pergunungan.

shirakawa go gassho styled village
 

Keindahan semula jadi di Shirakawa-go itu boleh dinikmati sepanjang masa dengan pengalaman sedikit berbeza berbanding tempat lain.

 

Apabila tiba musim bunga, kuntuman bunga pelbagai warna dengan kehijauan daunnya menambahkan landskap semula jadi di perkampu­ngan indah itu.


 


Suasana bertukar panorama unik dengan daun maple berguguran manakala pohon cypress (hinoki) berkilau keemasan ketika musim luruh beralih ke musim sejuk.

ogimachi village shirakawago 

 

Begitu juga pada musim panas dan laluan ke desa itu ditutup salji dengan ketebalan lima meter apabila tibanya musim sejuk.

 

 

 Situasi itu jugalah yang membuatkan rumah bergaya gassho-zukuri (rumah tradisional) dibina berasaskan kayu.




 

Menarik­nya, di antara pergunungan di desa itu terdapat Sungai Shokawa yang turut menghubung­kan Shirakawa-go de­ngan dunia luar menerusi binaan sebuah jambatan.

2 comments:

  1. amazing! wanna go there someday. btw monyet ke apa tu dlm gmbr d atas ah, comel kekeke.

    ReplyDelete
  2. cantik tempat ni..monyet dua ekor tu comel..bulu tebal

    ReplyDelete

Designed By