Syurga Banduan


Banduan di Penjara Bastoy bukan sahaja boleh berehat di tepi pantai malah boleh melayari internet sepanjang masa.

RUMAH yang selesa untuk setiap banduan. - Gambar hiasan


SEBUT sahaja penjara, pasti terlintas dalam fikiran sesiapapun tentang lokasi yang menakutkan, terasing dan terbelenggu di sebalik tirai besi.

Namun, pernahkah anda bayangkan penjara menjadi 'syurga' dunia bagi golongan banduan.
Mereka bukan sahaja bebas berenang, memancing, bermain tenis, bola sepak, berehat tepi pantai, sauna, menonton wayang malah melayari internet!

Penjara Bastoy yang terletak di Kepulauan Bastoy, Norway pasti menjadi idaman banduan di seluruh dunia.



BILIK yang mempunyai kemudahan televisyen kabel.


Perjalanan menuju ke sana menggunakan pengangkutan feri yang mengambil masa selama 15 minit. Menempatkan sebanyak 120 orang banduan, lokasi itu satu-satunya penjara yang terletak di sebuah pulau di Norway.
  
Bukan berbicara bohong, setiap penjenayah menetap di banglo mempunyai kemudahan mewah seperti kabel televisyen, kantin, gimnasium, panggung wayang mini serta kantin.
Salah seorang banduan, Nil, 36, yang dipenjarakan selama 16 tahun kerana membunuh seorang penagih dadah mendakwa, dia kini bekerja sebagai seorang kakitangan perkhidmatan feri di penjara tersebut.

"Saya dipenjarakan selama lapan setengah tahun di penjara lain sebelum dipindahkan ke Penjara Bastoy. "Saya gembira menjalani tugas sebagai pekerja feri dan bercadang mengambil kursus bidang maritim di universiti sebaik sahaja dibebaskan kerana ingin menjadi seorang kapten kapal. "Ironi, sebaik sahaja keluar penjara anda wajib membawa dua beg berisi pakaian tetapi tidak di sini," cerita Nil.

Norway merupakan sebuah negara terkaya di Eropah dengan kapasiti lima juta orang penduduk. Hanya 3,500 banduan sahaja yang menjalani hukuman di negara ini.

Bagi Lars Ulmann, 48, yang pernah dipenjarakan selama lima tahun kerana mengedar dadah dia bertukar status menjadi kontraktor hartanah dengan gaji yang tinggi, kereta dan pejabat.
Tetapi akhirnya dia memilih menjadi pegawai penjara di Bastoy.



KEMUDAHAN telefon awam untuk banduan menghubungi keluarga disediakan pihak pengurusan Penjara Bastoy.


"Bekerja di sini lebih berharga berbanding menjadi kontraktor hartanah. Sebagai warden penjara tanggungjawabnya lebih mudah," katanya.

Ketua Penjara, Arne Kvernvik Nilsen berkata, Penjara Bastoy sama seperti penjara lain cuma pendekatannya sahaja yang berbeza.

"Bastoy mempraktikkan kaedah berbeza yang membuat banduan berasa bertanggungjawab dengan persekitaran yang tenang membantu menenangkan fikiran serta menghormati antara satu sama lain," tuturnya.

Selain tidak mempunyai sel, bar dan restoran mewah, tiada sesiapapun termasuk pegawai 
 mempunyai senjata api.

"Tiada kes keganasan di sini hanya seorang banduan yang cuba melarikan diri dengan mencuri sebuah bot nelayan dan hukumannya dipindahkan semula ke penjara tertutup," tutur Nilsen. - Agensi



Comments

  1. perghhhhhhhhhh kalau mcm tuh banduan kat sini mesti tak nak kua punya. silap2 saja buat salah untuk masuk penjara hahahah

    ReplyDelete
  2. Best nye penjara, macam dalam tempat percutian ajer.
    Lagi menarik...semuanye free. Kalau ada kat sini, teringin juge nak masuk hehe..percutian percuma!

    ReplyDelete
  3. wah..camni ramai la yg nak masuk sini nanti..

    ReplyDelete
  4. Pergh...banduan kelas atasan ni he..he...cuba kita hantar banduan kita ke sana?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat