Terowong Rahsia Di Arah Musnah

Sejak awal bulan lalu, beberapa rangkaian terowong rahsia ini ditenggelami air sebagai usaha untuk menutup laluan itu. Foto: Reuters
 
 

KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir, kelmarin mengarahkan kerajaan memusnahkan semua terowong rahsia yang menghubungkan sempada negara itu dengan Genting Gaza.

Hakim Farid Tanaghou memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati laluan rahsia yang menjadi nadi penting kepada penduduk Palestin sejak lebih tujuh tahun lalu turut digunakan untuk menyeludup senjata.


Sementara itu, peguam Wael Hamdy berkata, mereka perlu mengambil kira aspek keselamatan negara susulan daripada insiden 16 pengawal sempadan yang terbunuh dalam serangan dilancarkan militan, Ogos lalu.


Sebelum ini, tindakan pihak berkuasa menenggelamkan rangkaian terowong bawah tanah di sempadan Rafah-Gaza sebagai usaha untuk menutup laluan tersebut turut mencetuskan kemarahan pemimpin Hamas.


Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,000 lagi laluan rahsia yang masih beroperasi walaupun puluhan terowong telah dimusnahkan sejak beberapa bulan lalu. - Al-Jazeera



Comments

  1. sian org palestin terowong itu juga merupakan tempat mereka mendapatkan bekalan ubat dan makanan, kerajaan mesir patutnya lebih membantu ....

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Satu di musnahkan...10 lagi akan terbina.
    Insyaalah...Rakyat Palestin tetap mendapat bantuan.
    Semoga Allah membalas kpd mereka yg menghalang bantuan ke Palestin. Amiin...

    ReplyDelete
  3. Tengok ni rasa macam tak cukup nafaslag Raudzah...rasa mcm sempitnya dunia!...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat