Terowong Rahsia di Sempadan Gaza Bakal Di Tutup


Terowong rahsia di sempadan Gaza-Rafah ini menjadi laluan penting kepada penduduk sejak lebih tujuh tahun lalu. Foto: Reuters
 

GENTING GAZA - Rangkaian terowong rahsia di sempadan Rafah-Gaza kini ditenggelami air selepas pihak berkuasa memutuskan untuk menutup laluan bawah tanah itu.

Media tempatan melaporkan tindakan tersebut dimulakan sejak lima hari lalu dan ia turut mencetuskan kemarahan pemimpin Hamas.


Sejak Ogos lalu, puluhan laluan bawah tanah telah dimusnahkan susulan daripada insiden serangan militan berhampiran pagar sempadan Gaza yang turut mengorbankan 16 askar Mesir.


Difahamkan, rangkaian terowong rahsia itu menjadi nadi penting kepada penduduk di Gaza kerana ia menjadi laluan untuk membawa kira-kira 30 peratus barang keperluan mereka selepas Israel mengenakan sekatan haram sejak lebih tujuh tahun lalu. - Reuters




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat