Tikus Bakal jadi Agen Perisik !!!!


Pasukan perisik tentera Rusia mendakwa tikus lebih baik berbanding anjing dalam mengesan bahan letupan. - AGENSI 


MOSCOW 20 Feb. - Pasukan perisik tentera Rusia sedang menjalankan uji kaji terhadap tikus untuk dijadikan ejen pengintipan sama seperti manusia.


Menurut pakar, fizikal tikus yang kecil dan pantas membolehkan haiwan tersebut menyelinap masuk ke beberapa tempat yang sukar, selain tidak mudah dikesan oleh pihak musuh.


Tikus juga dilihat berupaya mengesan bahan letupan, peluru dan kedudukan tebusan, sama seperti anjing yang mempunyai deria bau yang tajam.


Beberapa sumber di sini menyatakan bahawa tikus sudah digunakan oleh pasukan tentera Israel ketika berdepan dengan situasi pengganas.



Akhbar Izvestia melaporkan, sekiranya tikus-tikus berkenaan melepasi semua ujian yang dijalankan, haiwan terbabit bukan sahaja bakal ditempatkan di dalam pasukan perisik negara, malah Rusia akan dikenali sebagai negara 'perangkap tikus'.


Seorang daripada pakar perisikan, Anton Venediktov berkata, tikus boleh diajar untuk mengenal bau beberapa bahan yang sering digunakan untuk tujuan jahat seperti bom, dadah dan mayat manusia.


"Selain bau, haiwan kecil itu juga diajar untuk mengenal tanda isyarat," katanya.

Tikus juga terkenal dengan sikap yang tenang ekoran sistem saraf yang lebih mudah berbanding haiwan lain, sekali gus menjadi pilihan ideal sebagai ejen perisik haiwan.

Haiwan kecil itu dijangka mampu melakukan 150 tugasan dalam tempoh sebulan, selain bekerja mengikut aturan dalam masa enam hingga lapan jam. - AGENSI

 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat