Breaking News

Thursday, March 7, 2013

AS lumpuh akibat ribut salji


AS lumpuh akibat ribut salji  
Ratusan kenderaan terkandas akibat ribut salji di Chicago, Amerika Syarikat kelmarin.
 

CHICAGO - Bencana ribut salji di Amerika Syarikat (AS) bertambah buruk apabila 2,600 penerbangan terpaksa dibatalkan dan beratus sekolah serta pejabat pentadbiran ditutup di Chicago sekali gus menjejaskan satu pertiga penduduk di AS.
 
Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh akibat kemalangan jalan raya apabila ais meliputi jalan raya utama negara itu.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, antara jalan raya teruk terjejas adalah lebuh raya Minnesota ke Virginia dengan paras salji meningkat setinggi 60 sentimeter dan di Montana, North Dakota setinggi 38 sentimeter.


“Penduduk di kawasan Chicago diberi amaran berjaga-jaga apabila menjangkakan ribut salji bakal melanda negeri itu dengan dan paras salji meningkat pada ketinggian 2.5 sentimeter.

“Di lebuh raya Bandar Windy, pula salji dijangka meningkat pada paras 30 sentimeter dan orang ramai dilarang menggunakan jalan tersebut,” katanya.


Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menggesa orang ramai supaya bersiap sedia untuk menghadapi cuaca buruk itu.


Sementara itu, Lapangan Terbang O’Hare membatalkan 900 penerbangan manakala 260 penerbangan di Lapangan Terbang Midway juga dibatalkan.


Jurucakap Flight Aware AS berkata, lebih 1,465 penerbangan terpaksa dibatalkan di Minneapolis, Minnesota dan 1, 162 penerbangan dijadualkan pada hari ini juga dibatalkan, terutamanya penerbangan ke Washington. - Reuters








No comments:

Post a Comment

Designed By