Bakar diri kerana tidak tahan hidup miskin

on Friday, March 22, 2013

VARNA — Kerana tidak tahan hidup papa kedana, seorang lelaki di Bulgaria bertindak nekad membakar dirinya awal minggu ini 

Todor Yovtchev yang menganggur mati di sebuah hospital di sini semalam, dua hari selepas dia mencurahkan petrol ke badannya dan menyalakan api di kampung Sitovo, timur laut Bulgaria.

Beberapa pegawai hospital berkata, bapa berusia 41 tahun itu berulang kali memberitahu doktor yang merawatnya bahawa dia kecewa kerana tidak mampu membeli makanan. Bulgaria merupakan negara paling miskin dalam Kesatuan Eropah.

Sejak sebulan lalu, seramai enam orang membakar diri kerana kecewa dengan kemiskinan yang kian menghimpit negara tersebut. - AFP 


  Source
Ranking: 5

Post a Comment

 
© Blog Santai All Rights Reserved